.jpeg)
BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 17 June 2022 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) commenced the Field Training Exercise (FTX) Alap-Alap IX/2022 today. The exercise, being carried out from 17 June to 24 June 2022, within Brunei Darussalam boundaries and air space, involves several units from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), namely Royal Brunei Land Force (RBLF), Special Force Regiment (SFR) and also from the Gurkha Reserve Unit.
Present as the Guest of Honour to officiate the commencement of RBAirF FTX Alap-Alap IX/2022 was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Deputy Commander of RBAirF. The Deputy commander of RBAirF also presented the exercise arm patches to the controllers, umpires and safety of the exercise. In his opening remarks, the Guest of Honour highlighted the importance of implementing safety aspects in planning and executing operations as well as to maintain teamwork, commitment and professionalism in conducting the exercise to gain its full benefits for the organization.
The exercise aims to provide an opportunity for RBAirF personnel to conduct comprehensive training and validate RBAirF procedures and plans in dealing with security risks and challenges. One of the objectives for this exercise is to identify deficiency in terms of capabilities of each Wing in fulfilling the planning and execution of operational requirements.



ACARA PEMBUKAAN LATIHAN MEDAN ALAP-ALAP TUDB IX/2022
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Jun 2022 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah merasmikan Latihan Medan Alap-Alap TUDB IX/2022 pada hari ini. Eksesais ini akan dijalankan mulai 17 Jun hingga 24 Jun 2022, di dalam sempadan dan ruang udara Negara Brunei Darussalam dengan melibatkan beberapa unit daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Rejimen Pasukan Khas (RPK) dan juga dari Pasukan Simpanan Gurkha.
Hadir selaku Tetamu Kehormat untuk merasmikan Latihan Medan Alap-Alap TUDB IX/2022 ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Timbalan Pemerintah TUDB juga turut menyampaikan
exercise arm patches kepada para pengendali, wasit dan keselamatan latihan tersebut. Dalam ucapan perasmiannya, Tetamu Kehormat menekankan kepentingan dalam aspek keselamatan dalam merancang dan melaksanakan operasi serta mengekalkan kerja berpasukan, komitmen dan profesionalisme dalam menjalankan latihan untuk memperoleh manfaat sepenuhnya untuk organisasi.
Latihan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota TUDB untuk menjalankan latihan komprehensif dan mengesahkan prosedur dan rancangan TUDB dalam menangani risiko dan cabaran keselamatan. Salah satu objektif latihan ini adalah untuk mengenal pasti kekurangan dari segi keupayaan setiap cawangan dalam memenuhi perancangan dan pelaksanaan keperluan operasi.

.jpeg)